BASED IN MALAYSIA. WORLDWIDE DELIVERY. WHATSAPP 010-366-1801 FOR ENQUIRIES. 10AM - 6PM (MYT: UTC +8)

Hadiah perkahwinan atau pertunangan untuk tetamu yang datang

Posted by ZAAHARA .COM on

Perkahwinan adalah salah satu hari yang terbesar untuk seseorang baik si pengantin mahupun ibu bapa.

Antara perkara yang selalu dititik berat adalah hadiah atau cenderamata untuk tetamu yang dating bila upacara akad bertunang, akad nikah dan juga pada hari bersanding.

Telur pinang atau cocokat adalah hadiah paling simple untuk diberikan. Budget pun cuma dalam RM 1 hingga RM 3. Jika anda ada 1000 tetamu, maka anda akan keluarkan sebanyak RM 1000 – RM 3,000.

Akan tetapi, Zaahara selalu mendapat tempahan hadiah untuk tetamu istimewa di mana pelanggan kami biasaya letakkan buget sebanyak RM 20 – RM 100 untuk hadiah istimewa. Biasanya pelanggan akan syorkan kepada kami budget mereka dan kami pula akan memberi pendapat apa yang sesuai untuk tetamu VVIP ataupun VIP.

Antara contoh yang kami berikan adalah kain batik, kain pelikat, telekung dan juga kurma.

Tambahan dengan nota ringkas, hadiah yag diberikan akan tampil ekslusif.

Di bawah adalah contoh-contoh gambar yang diambil dari salah seseorang pelanngan kami yang melangsungkan pertunangan.

Dengan berbekalkan budget sebanyak RM 1,000, pelanngan kami dapat memberi hadiah yang terbaik dan juga berguna kepada tetamunya.

 Hantaran pertunangan batik

Hantaran Pertunangan Kain Batik sarong

 

hantaran pertunangan kain pelikat

 

 

Pertunangan

← Older Post Newer Post →



Leave a comment