Telekung Travel Mudah Masuk Dalam Handbag – ZAAHARA
BASED IN MALAYSIA. WORLDWIDE DELIVERY    +6010-366-1801 (GMT +8)    sales@zaahara.com

Cart

Your cart is empty.

Shipping & taxes calculated at checkout

Telekung Travel Mudah Masuk Dalam Handbag

Telekung Travel Mudah Masuk Dalam Handbag

Posted by ANAS PAWAN CHIK on



JIKA sebelum ini, telekung bercorak warna-warni menjadi trend dan pilihan ramai gadis untuk memilikinya.

Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, tudung serba guna mula mendominasi pasaran, diinovasikan menjadi telekung iaitu ciri-cirinya memudahkan gadis menggunakannya ketika menunaikan solat, terutama yang kerap bertugas di luar pejabat atau melancong ke luar negara.

Telekung travel atau lebih dikenali telekung mudah lipat disertakan dengan beg kain bagi memudahkan penyimpanan, sesuai untuk muslimah berada di luar rumah yang ingin menunaikan solat. Tudung serba guna itu mempunyai saiz yang besar dan labuh, namun ia masih boleh digayakan sebagai tudung, seterusnya menjadi telekung, dengan pelbagai pilihan warna dan jenama.

Bagi usahawan thezaaharatelekung, Erina Zahra Ellias, 29, mengusahakan perniagaan telekung muslimah sejak tiga tahun lalu memberi inspirasi kepadanya membantu terutama kaum hawa yang sibuk dengan pelbagai tugasan tanpa melupakan kewajipan bersolat.

“Memandangkan ramai gadis yang bekerjaya dan aktif, keluaran telekung mudah dibawa ke mana-mana ini dikhaskan kepada mereka.

“Tidak dinafikan, penampilan corak yang lebih menarik memberi ketenangan kepada pemakai ketika menunaikan solat,” katanya.

Dia yang gemar memakai telekung mudah lipat itu menganggap telekung tersebut merupakan satu barang wajib ketika melancong atau ke pejabat.

“Telekung ini mudah disimpan di dalam beg tangan. Ada kalanya telekung di surau dan masjid tidak begitu bersih. Jadi, telekung ini membantu kita menunaikan solat dengan tenang, “ katanya ketika dihubungi .com.

Dia yang turut menjual tudung secara dalam talian menggunakan nama thezaaharatelekung memberitahu, harga yang dijual adalah mampu milik serta didatangkan dengan corak warna pastel lembut.

“Telekung kapas (cotton) ini sangat selesa, tidak nipis, dan amat labuh untuk para gadis.

“Harga telekung bermula RM80 sehingga RM250, mengikut corak dan jenis kain yang dijual,” katanya.

Bagi mengembangkan perniagaannya, thezaaharatelekung bakal mengeluarkan telekung travel berwarna gelap seperti warna hitam dalam masa terdekat ini, kerana menerima permintaan tinggi daripada pelanggan.

“Saya mereka sendiri telekung travel tersebut dan menghantar ke Indonesia untuk dijahit bagi menjaga kualiti serta memberi keselesaan kepada si pemakai,” katanya.

Para gadis yang tercari-cari telekung travel mudah bawa ini boleh menghubunginya di instagram thezaaharatelekung atau layari laman web: http://zaahara.com atau hubungi 010-3661801.

← Older Post Newer Post →

Comment

  • worldwide pharmacy kamagra[/url]

    RhitSeize on

Leave a comment

ZAAHARA'S WRITERS CORNER

RSS
Malaysia Fest 2024, Sydney — Zaahara’s 2nd International Stop
marisa otg Portable outdoor mat portable prayer mat portable sejadah mat sofia otg sydney

Malaysia Fest 2024, Sydney — Zaahara’s 2nd International Stop

By ZAAHARA .COM

Zaahara’s second international stop after Singapore took us to Sydney for Malaysia Fest 2024. Eight hours, one pink suitcase, and countless conversations later, we met...

Read more
Welcoming the Journey: How the New Muslim Kit for Women Brings Faith to Life
al khadeem new muslims community new muslims kit The Zaahara Telekung Zaahara Zaahara Travels

Welcoming the Journey: How the New Muslim Kit for Women Brings Faith to Life

By ZAAHARA .COM

Welcoming a sister to Islam? The Zaahara New Muslim Kit for Women is more than a gift – it’s a companion for reverts and new...

Read more