Cuti sekolah adalah waktu yang sangat best especially untk kanak-kanak. Tetapi, sebagai ibu-bapa, jangan pula disia-siakan cuti sekolah anak-anak begitu saja. Jika tidak dirancang dengan teliti, maka anak-anak akan membuang masa dengan menonton YouTube, cartoon, main game, tido dan sebagainya.
Kami di sini ada 7 aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama antara ibu bapa dan anak-anak
- Aktiviti memasak
Aktiviti memasak adalah aktiviti yang sangat best lagi-lagi kalau buat baking. Kanak-kanak boleh menguli tepung dan mendekorasi cake. Di samping tu, mereka juga boleh belajar macam mana nak pecahkan telur, belajar macam mana nak buat sukatan dan juga menggunakan oven. Anak-anak yang pakai apron akan kelihatan comel. Jangan lupa untuk mengambil gambar bersama.
- Melawat rumah anak-anak yatim
Ini adalah satu aktiviti yang boleh membawa kepada keinsafan kepada anak-anak. Mereka boleh menilai sendiri kehidupan mereka dengan kehidupan anak-anak yatim. Disamping itu, aktiviti ini juga boleh mengajar anak-anak skill baru seperti skill leadership dan juga toleransi.
- Menghafal surah Quran (surah Pendek)
Terdapat 36 surah pendek yang boleh dihafal dan ini adalah masa terbaik untuk menghafal surah. Jika waktu cuti hanyalah 7 hari, ibu bapa boleh menyuruh anak-anak untuk menghafal 3-7 surah pendek.
- Balik kampong
Ini adalah aktiviti keluarga yang menjadi kebiasaan ramai. Time cuti sekolah adalah waktu yang ibu bapa suka kerana mereka pun boleh balik kampong. Kiranya 2 in 1 la.
- Kemas rumah
Masa time cuti sekolah ni, ibu bapa boleh membuat tugasan kemas rumah kepada anak-anak. Jika anak-anak masih kecil, ibu bapa boleh join sekali dalam aktiviti mengemas rumah. Hasilnya, rumah cantik. Hubungan pun terjalin. Disamping tu, boleh juga memupuk semangat anak-anak untuk menjadi lebih berdisplin.
- Ulangkaji pelajaran
Okay, yang ni macam boring sikit tapi hakikatnya best sangat. Ibu bapa boleh beli buku latihan extra dan buat ulangkaji bersama-sama. Masa diperuntukkan hanyalah 1 jam hingga 2 jam sehari. Tak perlu buat hari-hari. Kang nanti bosan pulak anak-anak.
- Berniaga
Yang ni agak menarik. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak untuk berniaga lagi-lagi dengan zaman IT yang mana tak susah nak ajar anak berniaga. Time ni boleh ajar anak matematik perniagaan yang mudah seperti – pengurusan wang, macam mana nak tambahkan wang, apa perniagaan yang boleh dibuat dan macam-macam lagi.
Admin percaya jika 7 aktiviti ni dijalankan, hubungan kekeluargaan akan terjamin dan akan terhasillah kebahagian keluarga. Anak-anak adalah harta ibu bapa. Justeru itu, perlulah sedikit pengorbanan diberikan kepada anak-anak especially time cuti sekolah.