BASED IN MALAYSIA. WORLDWIDE DELIVERY. WHATSAPP 010-366-1801 FOR ENQUIRIES. 10AM - 6PM (MYT: UTC +8)

Kenapa kurma ajwa dan kurma safawi menjadi rebutan pada tahun 2021

Posted by ZAAHARA .COM on

Bertahun lamanya kita di Malaysia kalau sebut sahaja kurma, pasti terngiang-ngiang iklan Yusuf Taiyyub kan? Dan yang pasti, bila kedengaran iklan kurma, bererti puasa dah nak dekat.

Mustahil ada rakyat Malaysia tidak kenal Yusuf Taiyyub. Iklannya di radio dan di TV dari tahun 90’an memang sungguh menggiurkan.

“ Yusuf Taiyyyuuuuub……”kedengaran suara perempuan di belakang dengan suara yang boleh melemahkan iman seorang lelaki.

Kurma-kurma yang ditawarkan Yusuf Taiyyub terdiri dari pelbagai jenis dan antara yang paling terkenal adalah Safia, Wasseem, Safina, Amina, Ajmal, Kurma Madu dan macam-macam jenis lagi. Harganya sudah pasti mampu milik iaitu semurah RM 10 sekotak sehinggalah berpuluh-puluh ringgit.

Pada tahun 2020, disebabkan ramai tak boleh travel, lagi-lagi ke umrah, jadi ramai peniaga baru muncul untuk mengenengahkan kurma ajwa dan kurma safawi dari Madinah. Jika nak dibandingkan dengan harga Yusuf Taiyyub, tak semua orang mampu untuk miliki Kurma Ajwa kerana harga 500g iaitu harga sekotak biasanya dalam lingkungan RM 40 hinggalah RM 70 sekotak. Bergantung kepada grade dan juga waktu dipetik buahnya.

Kepada pembeli baru, ramai tertanya-tanya apa kelebihan kurma ajwa sehinggakan harganya boleh mencecah RM 40-70 sekotak kan?

Ini soalan lazim jika tidak pernah ke bumi Madinah atau tidak pernah terbaca hadis nabi iaitu:

Rasulullah bersabda, ''Barang siapa yang sarapan pagi dengan tujuh buah kurma Ajwa, pada hari tersebut orang itu tidak akan terkena racun dan juga sihir.'' (HR Abu Dawud).

 

Kurma Ajwa (Kurma Nabi) asal dari Madinah

 

Kurma ajwa terdapat beberapa gelaran lain seperti kurma nabi, king of dates, buah anti sihir dan juga buah syurga.

Kurma Ajwa biasanya dibeli di Madinah ketika Jemaah umrah atau haji dibawa ke pasar kurma di Madinah. Harga kurma ajwa di jual dalam SR 40- SR 120 sekilo. Tidaklah banyak sangat bezanya jika dibandingkan dengan harga Ajwa yang dijual di Malaysia. Cumanya mungkin di sana lagi fresh.

 

Kurma Safawi - Adik kepada Kurma Ajwa

Selain kurma ajwa dan safawi, kurma lain yang biasanya mendapat sambutan adalah:

  • Kurma dari Tunisia : Deglet Nour Branch Dates, Deglet Nour Processed Dates
  • Kurma Saudi arabia: Mabroom,Safawi,Ajwa (Nabi),Anbara;Soffary;Khudary;Hellwah;Shalabee;Barney;Rabi
  • Kurma Palestine: Medjoul
  • China Dates: red Dates

Seelok-eloknya bila berbuka, bukalah puasa dengan beberapa biji buah kurma. Kalau dapat Ajwa atau safawi memang terbaik sebab itu antara kurma yang dimakan oleh Nabi dan para alim di Madinah.

Jika tidak ada, makan saja kurma lain kerana itupun sudah dikira mengikut sunnah.

InsyAllah Ramadhan kita kali ini kita persiapkan diri dengan lebih awal termasuklah dapatkan kurma seawal mungkin. Mana tahu disebabkan kurma dah ada, kita akan puasa sunat Rejab dan Syaaban sebelum tibanya Ramadhan nanti kan?

 

← Older Post Newer Post →


Comment


  • ] Sekereg zqo.qtzy.zaahara.com.prh.en http://slkjfdf.net/

    egubasojeheji on

Leave a comment