Travel Telekung ringan dan mudah dibawa diperbuat dari kain cotton cina (Chinese cotton). Travel telekung cotton ini beratnya 600g dan tidak akan terbang bila ditiup angin seperti travel telekung lain. Travel telekung cotton ini mudah dibawa ke mana-mana

Tiada Lagi Masalah Kain Telekung Terbang

Posted by ANAS PAWAN CHIK on

Diperbuat daripada kain kapas berkualiti yang ringan dan mudah dibawa ke mana saja terutama ketika mengembara, rekaan telekung Sofia (telekung travel) daripada butik Zaahara.com, pilihan tepat wanita terutama mereka yang sering berurusan ke luar negara.

Telekung travel ini dihiasi dengan sulaman berasaskan konsep ringkas dan minimalis bagi mengelak budaya menunjuk ketika beribadat. Ia juga datang dalam enam pilihan warna pastel supaya tidak mengganggu kekusyukan orang lain ketika solat berjemaah.

Pengarah Urusan Zaahara.com Erina Zahara Ellias berkata, telekung travel berkenaan dijahit labuh supaya dapat menutup aurat dengan sempurna, sesuai untuk semua wanita termasuk mereka yang memiliki ketinggian 170 sentimeter.

Telekung travel itu juga datang dengan bag bergetah supaya ia boleh dilipat kecil dan disimpan dalam beg tangan tanpa perlu dizip atau dibutangkan bagi memudahkan urusan solat.

“Kain yang labuh dapat menyembunyikan bentuk badan. Telekung travel keluaran kali ini adalah rekaan terbaru selepas rekaan pertama habis dijual dalam tempoh dua hari saja.

“Dijual pada harga RM55, telekung travel ini memang selesa dan sesuai dengan cuaca di negara ini. Selain telekung travel Sofia, kami juga ada menghasilkan pelbagai telekung koleksi lain diperbuat daripada kain kapas linen yang sangat selesa untuk disarung,” katanya yang turut memaparkan koleksi telekung terbaru di Instagram: @zaaharadotcom @thezaaharatelekung dan Facebook: thezaaharatelekung, selain turut beroperasi di butik di Subang Parade, Subang Jaya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:13 AM

← Older Post Newer Post →

Leave a comment

ZAAHARA'S WRITERS CORNER

RSS
Malaysia Fest 2024, Sydney — Zaahara’s 2nd International Stop
marisa otg Portable outdoor mat portable prayer mat portable sejadah mat sofia otg sydney

Malaysia Fest 2024, Sydney — Zaahara’s 2nd International Stop

By ZAAHARA .COM

Zaahara’s second international stop after Singapore took us to Sydney for Malaysia Fest 2024. Eight hours, one pink suitcase, and countless conversations later, we met...

Read more
Welcoming the Journey: How the New Muslim Kit for Women Brings Faith to Life
al khadeem new muslims community new muslims kit The Zaahara Telekung Zaahara Zaahara Travels

Welcoming the Journey: How the New Muslim Kit for Women Brings Faith to Life

By ZAAHARA .COM

Welcoming a sister to Islam? The Zaahara New Muslim Kit for Women is more than a gift – it’s a companion for reverts and new...

Read more